Fitrah Manusia
Bahang pilihanraya semakin terasa, namun begitu masih ada insan yang intelek tidak peka dengan perkembangan semasa. Masing-masing terlalu sibuk dengan pekerjaan tersendiri. Mereka lebih berminat dengan rutin harian.......
Tatkala negara hari ini rancak menentukan siapakah yang bakal meneruskan tampuk pemerintahan negara, masih ada yang mengambil kesempatan ke atas golongan yang lemah. Mereka melambakkan kemewahan atas dasar pilihanraya semata-mata, keikhlasan hati? Mungkin jauh sekali atau tidak pernah terbit dihati mereka, yang ada hanyalah mengharapkan balasan undi semata-mata.
Jika fenomena ini sentiasa berterusan dalam pemikiran bakal-bakal pimpinan negara kita, bagaimanakah agaknya keadaan negara kita untuk tempoh 10 tahun yang akan datang? Pemimpin kita terdidik dengan rasuah yang dikaburi dengan kata dasar 'tolong' tetapi hakikatnya tuhan sahaja yang mengetahui. Maka tidak hairanlah jika suatu masa nanti negara ini menjadi seperti negara dibarat. Jika aspek teknologi yang diambil contoh bukan suatu permasalah yang besar, tetapi jika implementasinya adalah budaya sosial mereka bagaimana?
Mungkin tidak hairan peningkatan indeks rasuah atau jenayah yang semakin meningkat saban hari adalah disebabkab pegangan agama yang semakin lemah. Runtuhnya akidah, rosaknya manusia kerana kemewahan dan keseronokan semata-mata. Manusia memang sukakan keseronokan, bagi mereka itulah ertinya sebuah kehidupan, tidak ada tekanan dan tidak ada sebarang masalah yang mengganggu mereka. Jika ada sesuatu?pastinya mereka memberontak, menyatakan ketidakpuasan kononnya hak asasi manusia terganggu.
Hakikat insan, sentiasa mencari kepuasan hidup, diberikan nikmat tidak mensyukuri, diuji dengan kesusahan pastinya merka akan meratapi.........