Kebangkitan Mahasiswa
" Blog ini bukanlah bertujuan untuk menghasut mana-mana pihak, segala penulisan yang dikeluarkan untuk membuka minda kita semua berkait rapat dengan isu yang berlaku di Negara Malaysia yang kita Cintai.Semoga kita diberkatiNYA"

Halatuju politik Malaysia....

By masterMind
Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Dimensi bicara hari ini berkisar terus pilihanraya 2008. Jika ditanya kerajaan bagaimanakah yang ingin kita pilih pada pilihanraya pada tahun ini? Adakah yang "aman, sejahtera & Makmur" yang terus berkonsep dasar IslamHadhari ataupun yang bermatlamat mewujudkan Negara Kebajikan yang memang terbukti sebelum ini mengamalkan dasar islam di bumi islam Kelantan darul Naim?

Biarpun seantero dunia cintakan kemajuan yang materialistik semata-mata, tetapi hakikat sebenarnya kehidupan kita didunia ini merupakan suatu tempoh persediaan kita untuk akhirat. Persepsi segelintir masyarakat hari ini menanggap pilihanraya itu hanyalah suatu proses beratur panjang,amik borang, pangkah & balik rumah. namun intipati sebenarnya yang tersirat disebalik yang tersurat tidak pernah diteliti sebaiknya.Mungkin ada usaha untuk mencelikkan mata yang masih terpejam akibat 'kemamaian' kerana telah tidur lama dalam keadaan yang selesa. Namun seharusnya kita seadar, makna Demokrasi yang sebenar disebalik demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.

Lihatlah betapa besarnya kuasa rakyat selaku yang memberi undi kepada bakal kerajaan yang memerintah.Hari ini ramai rakyat yang bising lantaran ketidakpuasan akta-akta yang digubal yang menjurus kearah kepentingan sesuatu pihak. Lebih jelas lagi dengan adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana seseorang disabitkan bersalah walaupun belum dibuktikan bersalah mengikut prosedur undang-undang biasa. Dalam ajaran Islam itu sendiri, seseorang tidak dikatakan bersalah sebelum terbukti bersalah. Terbukti bersalah ini didefinisikan oleh pengsaksian tertentu mengikut keadaan tertentu.

Namun hari in, begitu mudahnya seorang warga Malaysia yang telah mengundi untuk sebuah kerajaan yang adil boleh ditahan kerana menyuarakan ketidakpuasan terhadap pemimpin yang memerintah. Betapa sadisnya jika situasi ini sentiasa berterusan, selang penggal demi penggal, pemimpin lama digantikan dengan yang lebih muda namun fikrah perjuangannya tetap sama. Mendahulukan kaum kerabat dalam setiap perkara, teramat kejam jika ada yang mengatakan bahawa ia suatu fenomena yang normal kerana melihat dari ruang lingkup bahawa sanak-saudara itu yang akan menolong mereka dikala kesusahan. Mereka terlupa suatu masa dahulu mereka mengemis sebuah undi dari rakyat yang mengharapkan suatu perubahan kepada taraf hidup mereka, namun apa yang mereka perolehi, ibarat menumpang di tanahair sendiri. Kemiskinan terus membelenggu hidup mereka. Harapan hanya tinggal suatu harapan. Bila tiba penggal yang baru, mereka sekali lagi dikunjungi oleh pemimpin yang menagih undi mereka. Adakah kelukaan itu sudah terubat dengan hanya pemberian sepasang kain batik, sekaki payung dan duit rm200?Adakah itu nilainya sebuah undi? Begitu ceteknya fikiran kita, masa yang telah berubah setahun demi setahun tidak pernah mematangkan diri kita.

Sedarlah wahai ahli politik kita, anda tidak perlu menabur 1001 janji, cukuplah anda mempersiapkan diri anda untuk memikul sebuah amanah. Pemimpin bukan hanya sebagai wakil rakyat dalam parlimen. Atau sebagai suatu platform untuk mendapatkan sebuah projek untuk pembangunan rakyat mahupun pembanguna peribadi. Ingatlah bahawa anda akan ditanya diakhirat nanti tentang apa yang anda telah lakukan untuk orang yang anda pimpin. Untuk warga Malaysia, undi merupakan suatu bai'ah anda kepada pemimpin sebagaimana penduduk madinah & makkah telah berbai'ah dengan Rasulullah s.a.w. "fikir dulu sebelum anda memilih siapakah wakil anda, pilihan ditangan anda".
 

0 comments so far.

Something to say?