Kebangkitan Mahasiswa
" Blog ini bukanlah bertujuan untuk menghasut mana-mana pihak, segala penulisan yang dikeluarkan untuk membuka minda kita semua berkait rapat dengan isu yang berlaku di Negara Malaysia yang kita Cintai.Semoga kita diberkatiNYA"

Pilihanraya penentu sebuah kerajaan

By masterMind
Media hari ini terlalu rancak mempromosikan parti Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang telah kukuh & utuh memerintahkan kerajaan Malaysia. Namun sedar atau tidak bahawa berlaku unsur penyelewengan fakta disitu. Mengapa saya katakan sedemikian? Adil atau tidak jika saya bandingkan harga nasi lemak 50 tahun lepas dengan harga pada masa ini? Semestinya ramai yang berpendapat bahawa tidak logik mahupun tidak waras kerana masa telah merubah segalanya.

Namun suatu kepelikan timbul pada hari ini kerana media kita telah mengimbau kembali bagaimana perjuangan UMNO suatu masa dulu yang telah berjaya memerdekakan negara Malaysia.Ya tidak dinafikan bahawa merekalah yang mencetuskan perjuangan suatu masa dahulu. Namun akal yang waras sentiasa membandingkan dimennsi perjuangan suatu masa dulu & sekarang terlalu berbeza, ibarat langit & bumi. Mengapa media hari ini tidak memaparkan perubahan yang berlaku sepenggal pemerintahan yang lepas? Itu semestinya lebih baik untuk menjadi sebuah kayu ukur untuk melihat perubahan demi perubahan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Kita mengatakan bahawa kita sebuah Negara yang mmengamalkan prinsip demokrasi berpelembagaan, bermaksud pada waktu ini media seharusnya menjadi suatu platform penyebaran yang telus kepada semua pihak, tetapi mengapa slot-slot mahupun publisiti hanya lebih menjurus kearah BN? Cuba kita fikirkan, pilihanraya adalah untuk menentukan parti manakah yang bakal memerintah dan persaingan yang berlaku adalah diantara Parti Barisan Nasional dan Parti Barisan Alternatif (PAS, KEADILAN & DAP), maka tidak seharusnya wujud definisi parti pembangkang menentang kerajaan kerana buat masa ini sehingga 9mac kita tidak ada kerajaan. Jadi, atas dasar apa Barisan Nasional menggunakan media kerajaan???? Jika Bn sewenang-wenangnya menggunakan 'kuasa' selaku bekas kerajaan, maka itu adalah suatu penyelewengan yang terang lagi bersuluh. Dimana keadilan & demokrasi?

Itulah manusia, itulah politik kita dan tidak pernah mengalami perubahan walaupun pucuk pimpinan tertinggi telah berubah. DEMOKRASI? suatu angan-angan semata-mata. Jelas kita dapat tafsirkan, kerajaan yang memerintah akan terus pastikan memerintah selama 100tahun jika masih hidup, walau apa cara pun mereka ingin menang.

Tetapi dalam hal ini siapa yang bersalah? yang bersalah adalah pemberi Undi, mereka tidak pernah bijak dalam menilai kaca & permata. Mereka tidak ada pendirian, mereka terlalu cintakan pembangunan, hingga mereka lupa bahawa mereka sebenarnya ketandusan sesuatu. Mereka hilang harga diri kerana disuap dengan pelbagai kemewahan seketika dek kerana musim pilihanraya ini..

Wahai insan,Allah membezakan antara manusia dengan haiwan adalah dengan kelebihan akal yang ada pada insan, gunakanlah sebaik mungkin. Jika anda tidak ingin mengubah parti sekali pun, ubahlah paradigma pemikiran anda. Nescaya anda akan melihat lebih banyak kebaikan dalam diri anda dan hakikat dunia hari ini penuh dengan kemaksiatan...
 

0 comments so far.

Something to say?