Kerajaan Adil, Bersih & Amanah....
Tarikh pembuangan undi semakin ditunggu oleh semua pihak,tidakkira generasi muda mahupun generasi tua untuk melihat siapakah bakal menerajui kepimpinan negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. Namun yang amat merisaukan adalah taktik-taktik kotor yang dilakukan oleh parti-parti tertentu untuk menentukan kemenangan mereka.
Hari ini diwar-warkan bahawa terlalu ramai pengundi-pengundi hantu yang dibawa masuk ke negeri Kelantan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Kelantan.Betapa sadisnya bila melihat pemimpin-peminpin kita menggunakan cara sebegini. Secara tidak langsung tindakan ini menidakkan hak rakyat Malaysia utuk menentukan sebuah kerjaan. Mengapa harus ada pengundi hantu & politik wang yang mampu menjatuhkan maruah pemimpin kita? Jika benar kerajaan yang telah memerintah Malaysia sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang adil, pastinya rakyat kita tidak teragak-agak untuk memberi undi. Terserah la kepada rakyat untuk menentukan mana yang baik & mana yang buruk.
Jika pepatah melayu dahulu mengatakan "Raja Adil, raja disembah, rajin zalim?" pastinya kita akan gulingkan. Begitu jua keadaan pada waktu ini, jika kerajaan Adil & Beramanah pastinya kita akan terus kekal.