AUKU?Dimana kesudahannya...
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato' Idris Harun dilaporkan berkata, seseorang mahasiswa tidak semestinya hanya tertumpu kepada bidang yang dipelajarinya sebaliknya boleh melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Belia 4B.- dipetik dr harakahdaily.net
Inilah kata-kata setiap Menteri pengajian Tinggi mahupun timbalan menteri setiap kali selepas pilihanraya. Masih ingatkah kita suatu masa dulu Dato' Mustapha juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Ingat meminda AUKU.... Namun di mana kesudahan? Tidak jelekkah mereka menipu mahasiswa? Mungkin mereka kurang intelek dari Mahasiswa kerana menganggap kita boleh tertipu dengan cara mereka. Nampaknya mereka masih belum sedar walaupun tsunami melanda politik malaysia.
Saya bersetuju jika benar mahasiswa tidak boleh terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti kepartian. Namun adakah hanya tidak boleh terlibat dengan parti pembangkang? Sewenangnya mahasiswa digunakan oleh BN & UMNO sebelum ini? Lupakah mereka pada program Aspirasi diseluruh negara? Menjadi jentera kempen untuk BN. Begitu lemahkan kerajaan kita sehingga sanggup menggunakan mahasiswa untuk tujuan politik?
Tidak sedarkah mereka yang Kursus Biro Tatanegara digunakan untuk membasuh minda Mahasiswa untuk menyokong UMNO atau BN? lupakah mereka pada itu semua? begitu mudahnya menteri-menteri kita menabur janji. kononnya mengkaji, ingin membuat pindaan dan sebagainya. Namun minda pelajar masih dijajah. Sistem pendidikan masih dijajah. Mahasiswa yang cenderung pada pembangkang dikenakan tindakan sebagaimana yang berlaku di UIA. Namun mahasiswa yang cenderung kepada UMNO atau BN dibawa kemana-mana sebagai ejen kempen. Inikah pindaan yang ingin dibuat?
Betapa hebatnya kerajaan kita menggunakan kuasa yang ada. Tidak sedarkah mereka kemenangan Barisan Rakyat adalah disebabkan oleh pengundi baru. Dan sedarkah mereka bahawa pengundi baru itu siapa? Pengundi baru itu adalah mahasiswa yang celik MINDA dan bukannya pengampu-pengampu UMNO semata-mata. Kami ada maruah, kami ada hak dan kami ada kebebasan untuk menentukan siapa pimpinan negara. Jangan anggap kami budak kecil yang menurut perintah.
Lakukan perubahan demi kepentingan bersama dan bukan untuk kepentingan peribadi. jagalah hak rakyat dan nescaya rakyat akan menjaga kamu.

perkara mana nak dipinda?
and nak digantikan dengan perkara apa pula?
=)
ceklat ni...
buat2 tk faham lak...
seksyen 15(a)...
Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti berpolitik...
i just shot it to someone else. hehe.
so angah, dah habis pekse nanti jawab k?
mari-mari kite chit chat.
nnt ek...
saya huraikan kemudian,...
skrg tgh sibuk nk final exam..
sapat hanafee ek?