Kebangkitan Mahasiswa
" Blog ini bukanlah bertujuan untuk menghasut mana-mana pihak, segala penulisan yang dikeluarkan untuk membuka minda kita semua berkait rapat dengan isu yang berlaku di Negara Malaysia yang kita Cintai.Semoga kita diberkatiNYA"

Akta UNiversiti & Kolej Universiti, PINDAAN atau PEMANSUHAN

By masterMind
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Selaku seorang Mahasiswa saya tertarik untuk memberikan pandangan pro & kontra jika AUKU ini dimansuhkan atau dipinda. Seperti yang kita ketahui yang menjadi titik tolak perbincangan mahupun polemic yang diperkatakan tentang AUKU ini adalah berkisar terhadap kebebasan mahasiswa untuk bersuara & terlibat dalam politik Negara.

Pertama sekali kita melihat pro jika AUKU ini dimasuhkan ataupun dibuat sedikit pindaan. Mahasiswa yang aktif dalam berpolitik pastinya akan bergembira kerana mereka mampu untuk memberikan pandangan dengan bebas terhadap permasalahan yang melingkari kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa. Malah mereka juga bebas untuk terlibat dengan sebarang aktiviti politik yang dianjurkan oleh mana-mana parti tidak kira dari pihak Kerajaan mahupun pembangkang. Mahasiswa juga tidak perlu lagi takut untuk terus menghentam pihak Pengurusan university tentang ketidakpuasan atau permasalahan mereka. Budaya perdebatan akan terus melingkari bicara kampus. Pihak pengurusan pastinya akan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi golongan reformasi ini sebagaimana Perjuangan reformasi suatu masa dulu yang dipelopori oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi kepimpinan ia merupakan suatu yang terbaik jika mahasiswa aktif dalam politik dan terlibat secara terus dengan politik Negara. Malah ramai pemimpin hari ini lahir dari mahasiswa yang aktif berpolitik suatu masa dulu. Namun sedar atau tidak sedar, yang hari ini juga Mahasiswa mempertikaikan Menteri-menteri yang tidak menpunyai latar belakang pendidikan yang tinggi iaitu sehingga tahap Doktor Falsafah ataupun Master kerana hari ini mahasiswa lebih intelek.

Secara Kontranya, adakah wujud jaminan bahawa Mahasiswa yang aktif berpolitik ini cemerlang dalam AKADEMIK? Adakah mereka boleh tamatkan pengajian dengan “2nd Class Upper atau 1st Class?”. Adakah kerana reformasi perjuangan ini kita juga akan melahirkan pemimpin Negara yang hanya ada ijazah sarjana muda semata-mata? Saya tinggalkan persoalan-persoalan ini untuk kita sama-sama berfikir.

Sebagai konklusi, saya menyokong pemindaan AUKU untuk member sedikit kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara mahupun terlibat dengan politik tetapi ia juga tidak menidakkan hak mahasiswa lain yang tidak cenderung kepada politik. Ingatlah, syariah & undang-undang bukan untuk mengongkong tetapi untuk mendidik kita lebih berdisiplin.
 

0 comments so far.

Something to say?