Perjuangan Bangsa Melayu atau ISLAM yang lebih utama?
Sepanjang cuti ini pelbagai perkara yang menarik berlaku, suasana kehidupan di Negeri Johor amat berbeza jika dibandingkan dengan suasana di kampus. Hari ini ramai yang bercakap soal pembelaan Bangsa Melayu yang amat sinonim dengan dasar perjuangan UMNO. Namun adakah ia masih releven untuk diperkatakan?
Mengimbau kembali sejarah kewujudan UMNO itu sendiri yang diasaskan oleh Dato’ Onn yang juga berasal dari Johor. Semangat kemelayuan yang telah diabadikan dalam diri orang-orang johor teramat kuat. Di setiap ceruk daerah sibuk mempolemik kan agenda perjuangan bangsa melayu dan secara tersirat kita menafikan kewujudan bangsa lain.
HINDRAF salah satu perjuangan yang dipelopori oleh kaum india untuk menuntut ganti rugi kepada kerajaan British kerana membawa nenek moyang mereka ke Tanah Melayu. Namun perjuangan itu telah disekat oleh Kerajaan sebelum sempat dibawa kepada Kerajaan British.
Golongan veteran melayu UMNO yang tebal sifat kemelayuan bangkit mengadakan pelbagai persidangan untuk membela bangsa melayu. Dianatara yang telah dibuat oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA). Ia juga merupakan suatu langkah yang terbaik untuk membela bangsa melayu. Tetapi yang menjadi persoalan sejauh mana ia member kesan kepada bangsa melayu?
Sabda Rasulullah S.A.W … “aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepadanya iaitu Al-Quran & Sunnahku’…. Jadi mengapa golongan yang tebal kemelayuan ini tidak menjadikan ISLAM sebagai suatu Agenda Penyatuan? Adakah mereka risau jika menjadikan ISLAM sebagai teras maka mereka akan dilabel menyokong PAS? Bagi saya tidak, ISLAM itu milik SEMUA. Pas menjadikan ISLAM sebagai sebuah dasar perjuangan dengan berpandukan AL-QURAN. Janganlah kita menjadikan politik atau siasah sebagai satu penghalang untuk kesatuan UMMAH kita. Lupakan seketika fahaman politik kita. Ingatlah hanya ISLAM yang MAMPU menyatukan MANUSIA dan bukannya DASAR KEMELAYUAN.
Negara yang diperintah dengan dasar ISLAM pastinya membawa kebahagian didunia & akhirat. ISLAM tidak pernah menindas orang bukan ISLAM dibawah pemerintahan ISLAM. Lihatlah bagaiman Tuan Guru Nik Aziz mentadbir Negeri Kelantan, orang bukan ISLAM juga menyokong pemerintahan PAS. Jadi tidak ada masalah jika suatu masa PAS mentadbir Malaysia. ALLAHUAKBAR!!!