Kebangkitan Mahasiswa
" Blog ini bukanlah bertujuan untuk menghasut mana-mana pihak, segala penulisan yang dikeluarkan untuk membuka minda kita semua berkait rapat dengan isu yang berlaku di Negara Malaysia yang kita Cintai.Semoga kita diberkatiNYA"

Disebalik Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir dari UMNO…..

By masterMind
Semalam 19 Mei 2008, Tun Dr Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli UMNO seumur hidup dari UMNO dengan bersyarat akan masuk UMNO semula apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi meletak jawatan.
Saya teramat terkejut dengan berita tersebut yang disiarkan oleh Buletin 1.30 di tv3. Apakah sebenarnya yang ingin dilakukan oleh Tun? Adakah sekadar gimik politik semata-mata atau menpunyai tujuan tersendiri? Tidak kira apapun tujuannya tetapi pastinya ia menambahkan kecelaruan didalam UMNO. Tun merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama memegang tampuk pentadbiran Negara Malaysia.

Tindakan ini boleh dilihat sebagai suatu protes terhadap Paklah yang dilihat tidak mahu untuk melepaskan jawatan kepada timbalannya. Malah selepas Pru13 yang lepas ramai yang berpandangan bahawa Paklah adalah punca kekalah utama Barisan Nasional yang gagal mendapat majority 2/3 dalam parlimen. Bagi saya ini suatu perkara biasa, manusia akan menuding jari kepada sesiapa sahaja yang dilihat mampu melindungi diri mereka atas kesalahan yang mereka lakukan. Terlalu ramai manusia yang suka mencari perbezaan jika dibandingkan mencari factor untuk menyatukan kembali. Ini adalah sikap yang tidak elok.
Tindakan Tun mungkin akan memberikan sedikit perubahan, namun ia masih tidak mampu member jaminan bahawa paklah akan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO mahupun sebagai Perdana Menteri keran paklah menyatakan bahawa ia akan terus kekal sebagai PM kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan. Segalanya terpulang kepada ahli UMNO untuk mengikut jejak Tun ataupun tidak.

Jika situasi kecelaruan dalam UMNO ini berterusan, isu lompat parti akan berlaku. Jika saya sendiri sebagai Presiden parti dalam gabungan Barisan Nasional, pastinya saya akan keluar menyertai Pakatan Rakyat kerana Presiden BN sendiri tidak mampu mengatasi masalah dalaman UMNO, inikan pula ingin menerajui BN.

Sekian…
 

Perjuangan Bangsa Melayu atau ISLAM yang lebih utama?

By masterMind

Sepanjang cuti ini pelbagai perkara yang menarik berlaku, suasana kehidupan di Negeri Johor amat berbeza jika dibandingkan dengan suasana di kampus. Hari ini ramai yang bercakap soal pembelaan Bangsa Melayu yang amat sinonim dengan dasar perjuangan UMNO. Namun adakah ia masih releven untuk diperkatakan?
Mengimbau kembali sejarah kewujudan UMNO itu sendiri yang diasaskan oleh Dato’ Onn yang juga berasal dari Johor. Semangat kemelayuan yang telah diabadikan dalam diri orang-orang johor teramat kuat. Di setiap ceruk daerah sibuk mempolemik kan agenda perjuangan bangsa melayu dan secara tersirat kita menafikan kewujudan bangsa lain.
HINDRAF salah satu perjuangan yang dipelopori oleh kaum india untuk menuntut ganti rugi kepada kerajaan British kerana membawa nenek moyang mereka ke Tanah Melayu. Namun perjuangan itu telah disekat oleh Kerajaan sebelum sempat dibawa kepada Kerajaan British.
Golongan veteran melayu UMNO yang tebal sifat kemelayuan bangkit mengadakan pelbagai persidangan untuk membela bangsa melayu. Dianatara yang telah dibuat oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA). Ia juga merupakan suatu langkah yang terbaik untuk membela bangsa melayu. Tetapi yang menjadi persoalan sejauh mana ia member kesan kepada bangsa melayu?
Sabda Rasulullah S.A.W … “aku tinggalkan kamu dengan 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepadanya iaitu Al-Quran & Sunnahku’…. Jadi mengapa golongan yang tebal kemelayuan ini tidak menjadikan ISLAM sebagai suatu Agenda Penyatuan? Adakah mereka risau jika menjadikan ISLAM sebagai teras maka mereka akan dilabel menyokong PAS? Bagi saya tidak, ISLAM itu milik SEMUA. Pas menjadikan ISLAM sebagai sebuah dasar perjuangan dengan berpandukan AL-QURAN. Janganlah kita menjadikan politik atau siasah sebagai satu penghalang untuk kesatuan UMMAH kita. Lupakan seketika fahaman politik kita. Ingatlah hanya ISLAM yang MAMPU menyatukan MANUSIA dan bukannya DASAR KEMELAYUAN.
Negara yang diperintah dengan dasar ISLAM pastinya membawa kebahagian didunia & akhirat. ISLAM tidak pernah menindas orang bukan ISLAM dibawah pemerintahan ISLAM. Lihatlah bagaiman Tuan Guru Nik Aziz mentadbir Negeri Kelantan, orang bukan ISLAM juga menyokong pemerintahan PAS. Jadi tidak ada masalah jika suatu masa PAS mentadbir Malaysia. ALLAHUAKBAR!!!
 

Akta UNiversiti & Kolej Universiti, PINDAAN atau PEMANSUHAN

By masterMind
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Selaku seorang Mahasiswa saya tertarik untuk memberikan pandangan pro & kontra jika AUKU ini dimansuhkan atau dipinda. Seperti yang kita ketahui yang menjadi titik tolak perbincangan mahupun polemic yang diperkatakan tentang AUKU ini adalah berkisar terhadap kebebasan mahasiswa untuk bersuara & terlibat dalam politik Negara.

Pertama sekali kita melihat pro jika AUKU ini dimasuhkan ataupun dibuat sedikit pindaan. Mahasiswa yang aktif dalam berpolitik pastinya akan bergembira kerana mereka mampu untuk memberikan pandangan dengan bebas terhadap permasalahan yang melingkari kehidupan mereka sebagai seorang mahasiswa. Malah mereka juga bebas untuk terlibat dengan sebarang aktiviti politik yang dianjurkan oleh mana-mana parti tidak kira dari pihak Kerajaan mahupun pembangkang. Mahasiswa juga tidak perlu lagi takut untuk terus menghentam pihak Pengurusan university tentang ketidakpuasan atau permasalahan mereka. Budaya perdebatan akan terus melingkari bicara kampus. Pihak pengurusan pastinya akan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi golongan reformasi ini sebagaimana Perjuangan reformasi suatu masa dulu yang dipelopori oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dari segi kepimpinan ia merupakan suatu yang terbaik jika mahasiswa aktif dalam politik dan terlibat secara terus dengan politik Negara. Malah ramai pemimpin hari ini lahir dari mahasiswa yang aktif berpolitik suatu masa dulu. Namun sedar atau tidak sedar, yang hari ini juga Mahasiswa mempertikaikan Menteri-menteri yang tidak menpunyai latar belakang pendidikan yang tinggi iaitu sehingga tahap Doktor Falsafah ataupun Master kerana hari ini mahasiswa lebih intelek.

Secara Kontranya, adakah wujud jaminan bahawa Mahasiswa yang aktif berpolitik ini cemerlang dalam AKADEMIK? Adakah mereka boleh tamatkan pengajian dengan “2nd Class Upper atau 1st Class?”. Adakah kerana reformasi perjuangan ini kita juga akan melahirkan pemimpin Negara yang hanya ada ijazah sarjana muda semata-mata? Saya tinggalkan persoalan-persoalan ini untuk kita sama-sama berfikir.

Sebagai konklusi, saya menyokong pemindaan AUKU untuk member sedikit kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara mahupun terlibat dengan politik tetapi ia juga tidak menidakkan hak mahasiswa lain yang tidak cenderung kepada politik. Ingatlah, syariah & undang-undang bukan untuk mengongkong tetapi untuk mendidik kita lebih berdisiplin.
 

Lihatlah perbezaan laporan akhbar Harakah & Utusan Malaysia tentang Persidangan Dewan Rakyat, yang mana lebih berkualiti??

By masterMind

Siaran langsung Dewan Rakyat dikaji semula

KUALA LUMPUR 30 April - Slot siaran langsung sidang Dewan Rakyat selama setengah jam akan dikaji semula berikutan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang Dewan itu hari ini, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau kecewa kerana kemudahan itu disalah guna oleh ahli Parlimen pembangkang untuk menonjolkan diri mereka dan bukannya mengetengahkan isu-isu kepentingan rakyat.

''Saya kecewa dengan apa yang berlaku. Parlimen telah disalahgunakan. Siaran langsung disalahgunakan. Ahli Parlimen pembangkang tidak menghargai institusi Parlimen yang berperanan untuk berbincang dan mencari yang terbaik untuk rakyat.

''Tetapi hari ini Parlimen digunakan untuk mencari publisiti murah. Mereka menimbulkan perkara yang remeh-temeh, seperti soal bilangan perkataan malah jelas pembangkang tak menghargai Parlimen dan mandat rakyat serta langsung tidak menghormati semangat keterbukaan yang cuba kerajaan buat," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ditanya sama ada kekecohan itu berpunca daripada eksploitasi siaran langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), beliau menegaskan, memang ada sesetengah rakyat suka melihat sarkas tetapi Parlimen tidak boleh dianggap sebagai sarkas untuk dipertontonkan kepada umum.

Justeru beliau akan mengadakan perbincangan peringkat kementerian sama ada akan meneruskan slot siaran langsung itu atau menghentikannya.

Bagaimanapun, katanya, melihat kepada tingkah laku ahli Parlimen, khususnya daripada parti pembangkang hari ini yang disifatkannya sebagai ahli Parlimen kelas ketiga, beliau merasakan masa siaran langsung itu tidak patut disambung atau dilanjutkan.

Ahmad Shabery berkata, ahli Parlimen pembangkang menggunakan platform Parlimen untuk kepentingan peribadi dan perkara itu jelas terbukti pada hari ini, menyebabkan rakyat marah dan akan rasa ditipu oleh pembangkang yang secara jelas menyalahgunakan mandat yang diberikan kepada mereka.

''Tidak (melanjutkan masa siaran langsung). Kalau kita lanjut melebihi 30 minit, keadaan inilah yang berlaku sepanjang masa," katanya.

Katanya, beliau sedar di negara-negara lain yang mengadakan siaran langsung secara penuh, khususnya dunia ketiga, masalah yang sama dihadapi iaitu ahli Parlimen tidak menumpukan perbincangan kepada perkara-perkara penting kepada rakyat dan negara.

''Sehinggalah kita merasakan ahli Parlimen khususnya pembangkang benar-benar berfikiran secara kelas pertama, barulah kita rasa wajar tempoh siaran langsung dalam Parlimen disambung dan dipanjangkan.

''Jika mereka masih berkelakuan macam ahli Parlimen kelas ketiga seperti hari ini, kita rasa kita hanya menghabiskan wang dan masa rakyat untuk meneruskannya. Seperti yang saya kata, ada rakyat yang suka melihat sarkas tapi Parlimen bukan sarkas," katanya.

 

Lihatlah perbezaan laporan akhbar Harakah & Utusan Malaysia tentang Persidangan Dewan Rakyat, yang mana lebih berkualiti??

By masterMind

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Hrkh) - Malaysia tidak perlu lagi mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya kerajaan benar-benar mengamalkan sistem demokrasi.

Menurut Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang dipetik Bernama ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, jika akta itu terus digunakan, ia seolah-olah menggambarkan negara ini bukan berada dalam keadaan stabil dan aman.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang Pauh) yang turut membahas dalam sidang parlimen semalam, sekali lagi menggesa kerajaan membebaskan tanpa syarat kesemua tahanan ISA atau membicarakan mereka dalam mahkamah terbuka.

Beliau berkata sejak digubal pada 1960, ISA telah menjadi alat paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa bicara.

"Akta ini telah menyekat kebebasan individu, meningkatkan kuasa eksekutif, melemahkan kuasa mahkamah dari menyemak sebarang ketidakadilan dan menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia.

"Sejak ISA diperkenalkan, sejumlah 10,711 orang menjadi tahanan di bawah akta itu," katanya.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 70 orang lagi yang masih ditahan mengikut akta berkenaan di kem tahanan Kamunting, di Taiping.

Dalam pada itu sebelumnya, Dr Wan Azizah menerima memorandum berkenaan ISA daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi parlimen yang turut menuntut pihak kerajaan agar memansuhkan akta draconian itu atau membicarakan kesemua tahanan di mahkamah terbuka.

Dalam majlis penyerahan memorandum itu, beliau berkata akta seperti itu tidak sepatutnya ada di dunia kerana penahanan itu tiada sebarang perbicaraan dan bukti kukuh yang disabitkan bersama.

"Letakkanlah diri anda jika ada di kalangan sanak saudara anda ditahan di bawah akta ini. Sanggupkah anda merasai derita yang ditanggung keluarga ISA ini, yang mana sudah ada yang ditahan selama lebih enam tahun?" soal Wan Azizah.

Beliau turut meminta media agar melaporkan dan tidak 'menyembunyikan' fakta mengenai ISA ini agar rakyat mengetahui kezaliman akta ini.

Turut sama dalam majlis penyerahan memorandum ialah isteri tahanan ISA, Norlaila Othman, isteri kepada MP Kota Anggerik, yang juga tahanan ISA, Pushpaneela dan adik kepada V Ganabatirau.

Wan Azizah, kemudiannya menyerahkan lencana 'Malaysia Bebas Dari ISA' kepada beberapa Ahli Parlimen, termasuk Dato' Seri Nazri Aziz, Dato' Sharir Samad, Dato' Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.