DAP lupa fakta DEB – Samy Vellu
KUALA LUMPUR 13 Mac – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, DAP terlupa fakta bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermula pada tahun 1970 secara prinsipnya telah pun berakhir kira-kira 20 tahun selepas itu.
Menurutnya, beliau berasa pelik dengan hasrat Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Lim Guan Eng yang mahu menghentikan pelaksanaan DEB dalam pentadbirannya.
‘‘Kerajaan BN yang memerintah Pulau Pinang sebelum ini juga tidak mengamalkan DEB sebaliknya membantu semua rakyat termasuk kaum bumiputera,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
=)