Kebangkitan Mahasiswa
" Blog ini bukanlah bertujuan untuk menghasut mana-mana pihak, segala penulisan yang dikeluarkan untuk membuka minda kita semua berkait rapat dengan isu yang berlaku di Negara Malaysia yang kita Cintai.Semoga kita diberkatiNYA"

Fakta Menarik Pilihanraya Umum 12

By masterMind
* Barisan Nasional hanya memperolehi
kira-kira 51 peratus jumlah undi
daripada 7.9 juta pengundi yang membuang
undi pada 8 Mac lalu..


* Namun ia, memperolehi 63 peratus
dari jumlah kerusi yang dipertandingkan
- 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.


* Menariknya, jumlah 49.79 peratus
undi yang diterima oleh Barisan
Alternatif itu lebih merata di seluruh
negara, yang juga bermaksud Barisan
Alternatif menerima majoriti undi
sebenar di dalam negara ini.


* Dan, apabila ditinjau pada kerusi
parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi
Parlimen di Semananjung, manakala BA
memiliki 82. Hampir 40 peratus kerusi BN
adalah di Sabah dan Sarawak - 55
daripada 140.


* Calon termuda ialah dari PKR, Nik
Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau
mengalahkan penyandang Seri Setia,
Seripa Noli Syed Hussin.


* Calon tertua ialah nenek benama
Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di
parlimen Kuala Terengganu . Beliau
hilang wang pertaruhannya.


* 56 calon dari pembangkang dan
calon Bebas juga hilang wang pertaruhan
setelah gagal memperoelhi satu perlapan
dari jumlah undi yang dikira..


* Majoriti undi terbesar dimenangi
oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN
Carol Chew, dengan 36,492 undi di
palimen Seputeh di Kuala Lumpur.


* Majorit terkecil ialah 14 undi
yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu
Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji
Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu
di Perak.


* Empat orang yang utama di dalam
kes pita video Lingam semuanya berjaya
iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam
pita video), Wee Choo Keong (peguam yang
mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri)
dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin
(tersenarai sebagai saksi tetapi tidak
dipanggil). Keempat-empat dari PKR.


* Calon terramai ialah dari kerusi
DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang
calon bertanding , termasuk 5 orang
calon Bebas.


* Blogger terkenal Jeff Ooi - yang
berkempen secara online dan kutipan
derma dilakuka melalui blognya - berjaya
di palimen Jelutong untuk DAP.


* Blogger lain termasuklah Tony Pua
(DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ),
Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan )
dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri
Setia).


* Aktivis masyarakat Charles
Santiago (DAP, isu penswastaan air),
Edward Lee (DAP, masyarakat setempat),
Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak
asasi manusia).


* Tamparan Hebat: Kekalahan komponen
BN mengakibat beberapa kekosongan di
dalam pelbagai kementerian, dan memaksa
satu penyusunan kabinet dilakukan..


* Menteri:

1. S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
2. Shahrizat Abdul Jalil (Menteri
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
3. Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
4. Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri
Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)


* Timbalan Menteri

1. Chia Kwang Chye (Kementerian
Penerangan)
2. G Palanivel (Kementerian Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
3. Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
4. V Veerasingam (Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
5. S Sothinathan (Kementerian Sumber
Asli dan Persekitaran)
6. Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
7. Fu Ah Kiow (Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri)
8. M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)


* Setiausaha Parlimen

1. Chew Mei Fun (Kementerian Wanita,
Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
2. P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
3. Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
4. Ng Lip Yong (Kementerian Industri
Tanaman dan Komiditi)
5. S Vigneswaran (Kementerian Belia
dan Sukan)
6. Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam
Negeri)
7. Dr Mohd Ruddin Ab Ghani
(Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar) - tidak dicalonkan
8. Yew Teong Look (Kementerian
Wilayah Persekutuan)


* Seluruh pasukan dari Kementerian
Wanita, Keluarga dan Pembangunan
Masyarakat kalah di dalam pilihanraya.


* Kesemua pemimpin tertinggi MIC
kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua
Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua
Pemuda.
 

2 comments so far.

  1. Sabrina March 16, 2008 at 12:21 AM
    wah... angah, PRU 13, tak nak masuk bertanding? =)
  2. masterMind March 20, 2008 at 6:15 AM
    insyaALLAH nk masuk bertanding gak..
    tu yang tgh kempen melalui blog ni...
    hahaha..
    semangat.!

Something to say?