Majoriti 2/3 & kepentingannya
Assalamualaikum & salam sejahtera...
hari ini ramai yang mebicarkan kenapa terlalu penting majoriti 2/3 dalam parlimen. Dan apabila kerajaan Barisan Nasional gagal mempertahankan 2/3 majoriti, ramai yang mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak kuat. Mengapa ada pendapat sebegini? Mudah sahaja, kita ambil contoh yang paling mudah, apabila kita mengadakan suatu mesyuarat, untuk membuat keputusan kita memerlukan sebilangan ahli iaitu 2/3 dari ahli yang hadir untuk bersetuju dengan cadangan tersebut bagi memastikan apa yang dicadangan dapat diputuskan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang dewan rakyat dan dewan negara. Untuk makluman, perbahasan mengenai suatu cadangan usul akan dibahaskan dalam Dewan Rakyat yang dihadiri oleh semua ahli parliman & senator yang dilantik. Sebelum ini dewan rakyat kelihatan lesu dan tak bermaya kerana setiap perkara tidak perlu dibahaskan dengan terperinci kerana semua yang hadir akan menyokong setiapapa jua perkara yang dicadangkan oleh Perdana Menteri kerana BN mempunyai majoriti 2/3. Tetapi situasi hari ini selepas pilihanraya Umum ke 12 adalah sangat berbeza.Kerajaan BN gagal mempertahankan 2/3 majoriti, semestinya selepas ini Dewan rakyat akan panas dengan perdebatan mahupun perbahasan terhadap sesuatu isu.
Adakah ia suatu fenomena positi atau negatif? Bagi yang melihat secara keseluruhan tanpa mengira parti ia adalah suatu yang positif. ini kerana setiap perkara yang diutarakan oleh kabinet kerajaan tidak akan mudah diluluskan tanpa sokongan sebahagian dari ahli pembangkang. malah ia akan membuatkan kerajaan lebih bersedia dengan segala fakta & hujah bagi menjawab sebarang persoalan yang bakal dikemukan oleh barisan pembangkang. Bila wujud perbahasan yang elok,hak rakyat akan lebih terjaga. kita juga harus sedar yang pembangkang tidak akan membangkang sesuka hati. perkara yang baik untuk kebaikan rakyat akan disokong. Inilah indahnya demokrasi yang akan kita amalkan dengan betuldalam tempoh 5 tahun ini.
Allah jadikan segalanya secara berpasangan, siang & malam, lelaki & perempuan, begitu juga Kerajaan & Pembangkang, kerana ia adalah bertujuan untuk saling melengkapi. Bersamalah kita renungkan.......................